Wednesday, 15 June 2011
Entri Keenam : Pomanders
hai assalamualaikum..entry kali ni aku nak ajak korang buat satu projek D.I.Y yang sangat-sangat simple dan murah tapi cantik!excited tak excited tak??iaitu projek pomanders a.k.a pom-pom..pomanders ni ada dua jenis,satu yang guna benang dan satu lagi guna kertas/tissue..
untuk kali ni aku nak tunjukkan macam mana nak buat pomanders daripada kertas/tissue je ey?untuk nak trigger semangat korang untuk buat pomanders ni,jom kita enjoy tengok gambar dulu okay?banyak benda boleh buat dengan pomanders ni..tak percaya?tengok la sendiri :)
see??cantik tak??cantik kan kan kan?apa yang diperlukan untuk pomanders ialah
-kertas/tissue (kalau guna tissue,pilih yg keras sikit)
-benang atau wire halus
-gunting
step 1 : korang ambil 4helai tissue pastu buka lipatan untuk dapatkan ruang yang besar..pastu lipatkan berselang seli macam nak buat kipas tu berulangkali sampai la ke hujung
step 2 : ikat bahagian tengah lipatan tadi dengan benang/wire besi..tinggalkan sikit hujung sisa benang tu kalau nak guna untuk gantung or whatsoever..pastu guntingkan bahagian hujung kedua-dua belah lipatan tadi membentuk separa bulat atau tajam,terpulang pada korang
Step 3 : tarik helaian tissue/kertas ke tengah membentuk kelopak bunga sehelai demi sehelai..dan TADAAA..siap dah pun :)
dengan mudahnya maka terhasil lah
SELAMAT MENCUBA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hi awak.. kita dh share ilmu awak ni pada kawan2 kita di Geng Jahit dekat FB.. sekaligus tolong share awaknyer blog skali kat sana.. Thanks for the knowledge keyh.. ;)
ReplyDeletecantiknya...mmg menarik idea ni...tq utk tutorial ya..
ReplyDelete